gambar sekadar hiasan
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Facebook Boii Amani Hashim


Lama juga aku jadi photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh. Ini aku nak kongsi sikit cerita yang pernah terjadi di depan aku suatu masa dahulu.

Masa hantaran kahwin, mak ayah perempuan ini letak RM22,222.22. Memang mahal gila, tetapi si lelaki ini telah bersetuju. Aku tengok yang lelaki ini pun bukan calang-calang orangnya.

Jadi, sampailah ke hari akad nikah. Kedua-dua pihak gembira saja. Pengantin dengan mukanya sudah tak sabar nak mengawan. Iyelah, musim hujan pada masa itu. Tok Kadi sampai, maka berlangsunglah acara akad nikah dan selamba dengan senafas sehaja pengantin lelaki lafazkan akad.

Hantaran pun bertukar tangan, begitu juga dengan mas kahwin. Semasa lelaki itu nak baca lafaz takliq, tiba-tiba saudara dari pihak perempuan bising.

“Duit hantaran tak cukup RM1,000 ni!”

Pengantin perempuan terus bangun dari tempat duduk. Tinggikan suara pada pengantin lelaki bertanya mengapa duit hantaran tak cukup.

“Apsal tak cukup RM1,000?” tanyanya.

Pihak sebelah perempuan siap perli-perli, “Dah tahu tak cukup duit, tetapi gatal sangat nak kahwin itu kenapa?!”

Yang pengantin lelaki, walaupun mata berkaca, dia senyum sahaja. Dia ambil mikrofon dan berkata,
“Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah camni? Sahaja saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok kau orang macam mana. Ini saya ada bawa wang yang tidak cukup itu,” katanya sambil membuka beg yang berkepok-kepok duit not RM50 dan RM100 di dalamnya.

“Tak apalah, alang-alang semua ada di sini, boleh jadi saksi saya. Saya ceraikan awak dengan talak 3. Assalamualaikum,” katanya buat terakhir kali sebelum menjatuhkan mikrofon itu.
Selesai bersalaman, mereka terus beredar dari tempat itu.

Itulah, bila dah ada orang nak, itu kira bernasib baik. Perempuan bersepah sekarang. Tepi-tepi bus stop pun boleh petik. Kau buka WeChat, berapa ramai yang serah diri secara free? Kau ingat lelaki lelaki dalam drama jam 7 petang itu wujud ke? 

Sebelom korang nak judge aku penipu segala bagai korang dok dulu bersembang ngan photographer yg bertahun amik wedding. Tanye dia kisah2 pelik yg dia penah alami ngan client2 dia. Aku pernah hadap pengantin bergaduh atas pelamin sbb ex lelaki tu dtg majlis, akad nikah sampai 11 kali, pengantin tak dtg trus ke majlis akad nikah, yg bini pertama serbu pon aku pernah hadap. Tu semua jadi sblm ade smartphone mahal2 18megapixel bagai...sblm trend2 viral ni ade. Mmg la tanggungjawap kami bg album cantik2, takkan kami nak share benda2 yg tak elok...gile ape aku nak letak gamba bini tua mengamok dalam album.Yg aku pelik yg komen2 negatif ni byk yg belum kawen. Dunia masih penuh dgn fantasi. Hujung minggu masih plan nak g dating kat sana situ. Nak g the curve ke midvalley. Nak tgk batman ke munafiqDok marah aku tp yg suruh share bukan aku. Ade aku tulis "satu like dapat pahala, share dapat wifi"? Korang gak yg tekan share...aku plak yg kena batak like. Eh gi mati la..Nak percaya atau tak bukan tugas aku nak convince korang...Mcm aku ckp, dok dulu bersembang...nak lagi best ko pegi kursus kawen sok ko tanye fasi yg mengajar tu. Bini ketiak hitam pon boleh bercerai bai.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selalu terjadi campurtangan saudara pngantin..Suka komplen itu ini itu ini

Sah lah tu sekutu iblis dan dajal sebab tak tau reti nak berdoa kepada pasangan yang nak bina masjid tapi suka kutuk itu ini itu ini.

Kerana sokong dajjal dan iblis akhirnya pengantin jadi memutuskan silaturahim.. masjid pun roboh. Iblis dajjal tepuk tangan.

Bodo nya manusia yang suka dengar kata2 saudara mara dalam urusan mendirikan masjid.
Itu kalau mas kawin.. Kalau hantaran lain pula... Ianya hadiah.. Apa yang pihak perempuan dapat, tak boleh bersungut. Cuma kalau lelaki tu berjanji,Jgn cerdik cari jalan mungkir.. Helah menguji tu...Teruji aib kedua-dua pihak..Bab nikah kawin org melayu, Kalau jd aib.. 7 keturunan di ingat orang tu... Sudah jadi aib, Putus silaturahim... Allah murka.. Dua2 keluarga tak hidu bau syurga nanti...
tak kisah la perempuan tu mata duitan ke.. Pisau cukur ke... Dia lelaki jd suami jd tanggungjawab dia mendidik... Bukan tunding jari...Keluarga perempuan 1 hal... Bila kahwin saja anak perempuan... Secara hakiki nya.. Putus urusan perempuan tu kepada keluarga nya melainkan ihsan suami kepada mereka...Kalau dah kawin.. Tempoh sebulan dua bulan nampak perangai keluarga.. Pindah jauh.. tak berhubung pun tak apa..Jangan dah nmpak tak sedap, cakap yang macam-macam... Allah tuntut kelak apa yang kita cakap...Soal kahwin ni soal menyatukan dua buah keluarga... Bukan cerita tentang 2 org... Jadi sebagai lelaki tu kene jelas.. Apa yg aula atas diri dia...Sekian...

1 comments:

  1. permainan duniawi..dambakan hati yg tulus mulus..untuk dijadikan teman perbekalan..meniti saat selesainya bekala naffas yg ada..maira..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Top