JIN ALAM 2D

Cara mudah mengesan JIN (gred tinggi atau gred rendah) yang menyorok dalam jasad manusia yang selama ini hamba telitikan sendiri tanpa berpandukan mana-mana kitab adalah seperti berikut:
- lebam di betis & peha
- rasa lenguh dekat bahu
- rasa ngantuk semacam selepas Subuh & Asar
- urat bergetar, kita toleh aje, dia berhenti
- menguap masa tunaikan solat (ketika Al-Fatihah)
- ekor mata selalu ada kelibat walaupun siang2 hari
- susah tidur malam, terus lena bila dah dekat2 subuh
(senarai kat atas ialah jenis syaitan gred rendah yang tak menampakkan diri)

nama-nama syaitan (jin kafir) GRED TINGGI:
- anak kerak
- *bajang
- *jembalang
- toyol (serendah2 jenis syaitan dalam kategori gred tinggi)
- *pelesit (menjelma sebagai wanita yang cantik & melentik)
- polong
- jerangkung (kurus dan kerempeng)
- *ifrit (setinggi2 jenis syaitan high classi, ranking bawah Iblis.)
- pocong
- balan-balan (kalau dapat ditangkap, tuannya mati terus.)
- tuju-tuju (yang duk terbang singgah di pokok2 tu ha...)
- *hantu raya (kelas tertinggi, boleh menyerupai tuannya)
- *hantu tinggi
- hantu tetek (muncul belah2 maghrib, rujuk maksud hadis)
- hantu susu (biasa budak2 hilang sebab kena sorok)
- hantu guli (flat, apartment, kondominum, hotel)
- saka (jin dalam bentuk binatang, hadir pada malam2 tertentu)

Sekadar pemahaman:
nama2 yang bertanda *bintang adalah boleh diperturunkan, apabila ia boleh diwarisi, maknanya ia adalah SAKA, terkadang kamu tidak ada kena mengena dengan SAKA, tetapi apabila nenek atau atuk kamu suudah tiada keturunan "yang paling kuat" untuk mewarisinya, secara automatik kamu adalah calon2 yang bertuah mendapat SAKA, so nak detect SAKA senang aje, detect sorang2 atau detect melalui perantara samada orang2 suci atau sekadar mainkan ayat2 rukyah melalui henset pun takpe. tidak semua jin kafir adalah SAKA, sebagai contoh, toyol, toyol ni makhluk bebas, dan tidak ada perjanjian antara manusia dan mereka, nak bela2, taknak bela dia pun belah macam tu aje... So kena paham baik2. Kita kena faham tentang ilmu mengenai JIN kerana ia adalah salah 1 rukun iman dan sesuatu yang WAJIP pula kita ketahui kerana nama JIN banyak diabadikan dalam kitab Al-Quran. Sesetengah jin sanggup menunjukkan mukanya HANYA apabila dia berada di maqam yang sangatlah tinggi, tetapi kamu semua harus mengerti, di saat syaitan gred tinggi menunjukkan dirinya, ITULAH SAAT DI MANA MEREKA BERADA DALAM ZON BAHAYA, kerana mereka boleh dicederakan dengan begitu mudah oleh kita. Sesuailah dengan firman Allah yang berbunyi di bawah ni iaitu:

Kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah.”
(Surah An-Nisa': Ayat 76)

Kebanyakan yang *munculkan diri* depan kamu adalah syaitan gred tinggi, syaitan yang duk bisik2 tu adalah syaitan gred rendah, sebab tu dalam Quran ada bilang, syaitan adalah MUSUH KAMU YANG NYATA.

Peranan syaitan akan berubah seiring dengan perubahan bangunan ciptaan manusia.Jenis2 syaitan di masjid, jenis2 syaitan di pasaraya, jenis2 syaitan di depan komputer, jenis2 syaitan di dalam kereta, jenis2 syaitan ketika maghrib, jenis2 syaitan di waktu malam, jenis2 syaitan sebelum hadirnya maghrib pada 1 Ramadhan, jenis2 syaitan di pintu rumah kita, jenis2 syaitan di rumah yang baru kita nak duduk, jenis2 syaitan di rumah2 yang tinggi contohnya FLAT, PANGSAPURI, KONDOMINIUM, HOTEL2, jenis2 syaitan dalam kedai judi walau sebersih manapun sehinggakan karpetnya boleh dibuat baring, jenis2 syaitan di tempat bekerja, jenis2 syaitan apabila perempuan mula memakai pakaian yang "membasahkan", jenis2 syaitan ketika nak turun lif makan tengahari, jenis2 syaitan ketika nak jadi pengacara TV, jenis2 syaitan ketika nak turunkan komen kat FB, jenis2 syaitan ketika nak solat, jenis2 syaitan ketika nak main dengan suami isteri, jenis2 syaitan ketika manusia nak berperang, jenis2 syaitan ketika berdua2 an, jenis2 syaitan ketika bergayut dalam telefon, jenis2 syaitan ketika kita nak wasap, skype, YM, dan seangkatan dengannya...

Untuk makluman, nama2 syaitan yang baginda Nabi sebutkan itu adalah ASAS kepada batalion mereka, dan untuk pengetahuan kamu, bangsa Melayulah satu2nya bangsa yang paling hebat mengKLASIFIKASIkan gred syaitan, nama yang diberikan pula sangat sesuai dengan keadaan dan tugasnya, contohnya budak botak berwarna hijau dengan mata merah disebut oleh anak Melayu sebagai TOYOL, sedangkan dalam hadis nabi tak sebut nama makhluk ini, sila rujuk *sejarah macamana sahabat nabi tahu ayat QURSI ada power*, kehebatan ayat Qursi telah didedahkan oleh makhluk bernama toyol, sedangkan nabi tak pun menamakan makhluk ini dengan nama TOYOL, inilah rahsianya..

Tambahan makhluk (gred tinggi) = anak kerak
Identiti Anak Kerak:
Persamaan yang nyata antara Toyol dan Anak Kerak ialah mencuri Duit, toyol mencuri ikut masa. Anak Kerak pulak ikut kepala bapak dia aje nak mencuri. Toyol tidak mencuri semasa orang berjaga. Anak Kerak pula semasa kita duk bersembang pun, dia boleh tarik duit dalam dompet kita atau beg galas isteri kita, tau.

Anak Kerak sebagaimana Toyol pun ada gradenya masing2 walaupun telah saya kategorikan sebagai grade tinggi. Nak senang paham macamni. aku bagi kau 4 pilihan kereta, 1 kereta Proton, 1 kereta Toyolta, 1 kereta BMW, last kereta Ferari, semua kereta ada 4 tayar guna petrol, tapi gred lain2, ada paham? Contohnya toyol yang kulitnya warna hijau agak "user friendly", berbanding yang warna coklat, walaupun mata masing2 warna merah, lebih kurang sorang pakai enjin turbo sorang standard la, itu macam la.... Ketinggian toyol misalannya adalah setinggi lutut kamu, faham? Hahaa, kelakar kan? Mengenai perlawanan.... Anak kerak mempunyai anggota jasad semacam mata pisau di kedua2 sikunya. Toyol memang takkan boleh lawan Anak Kerak sebab kekuatan yang berbeza, ibarat kucing lawan rimau.

Syaitan mempunyai tempat tinggal yang bersepah2, kebanyakan syaitan tinggal di lubang2 najis yang dalam, di dalam rumah kosong yang ditinggalkan, ada jugak syaitan dengan sengaja lepak dalam rahim perempuan, kawasan2 lombong dan tasik2 dan kawasan2 air yang tenang sangatlah banyaknya syaitan, syaitan banyak berkumpul diantara kawasan hitam dan putih, ritual2 NGO dunia banyak melibatkan simbol hitam & putih, yahudi menggelarkannya checkered board, atau lantai kuda belang, di sinilah kedudukan di mana syaitan suka berada, segala ilmu ini sebenarnya adalah rahsia yang dicedok dari ALAM MELAYU, you know why? sebab atuk nenek kita masa kita kecik2 dulu selalu pesan kat kita, wei budak2...masuk dalam sekarang, dah maghrib ni, setan banyak kat luar tu, karang azan, pi mandi siap2 nak solat....... tak perasan ke nasihat2 seperti ni ada hidden kod? sungguh umat Melayu kita dah lama sebati dengan pengetahuan alam jin dari matriks 2D, dan ini sangat bertepatan dengan hujah Nabi Muhammad Rasulullah iaitu ?
Dari Abu Hurairah r.a. katanya ;
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
Apabila orang azan syaitan itu lari sambil terkentut-kentut,sampai ia tak mendengar suara azan itu;setelah azan selesai , syaitan itu kembali pula,dan lari lagi takala ia mendengar suara iqamat,kemudian ia kembali lagi, dan ketika itu terlintaslah dalam hati orang yang sembahyang berlbagai soal kerana syaitan itu membisikan kepadanya, ingatlah ini, ingatlah itu tentang soal-soal yang tidak pernah diingatnya sebelum sembahyang,sehingga orang itu ragu berapa rakaat yang telah sudah.
Sabda Rasulullah s.a.w. pula ;
"Apabila di antara kamu ragu berapa rakaat yang telah sudah, hendaklah ia sujud dua kali sambil duduk."
(Hadis sahih riwayat Muslim )

Dah nampak dah....?(try cari apa pekdahnya bagi syaitan bila dapat tahu ada manusia kencing berdiri?

Beza syaitan (jin kafir) dan jin islam ialah SYAITAN hanya memakai selipar di sebelah kiri sahaja, diorang ni tak pakai selipar serentak.

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam...!!! Ayat ni tak sebut Iblis, tapi ayat ni menyebut syaitan, sebabnya apa? sebab Iblis ni ada tugas2 khas, maqam lain2... bila kita sebut aje ayat ni ada beberapa maqam matriks akan trigger iaitu:
- firewall matriks akan terbentuk
- sekiranya syaitan tu ada dalam badan, serta merta dia akan terencat bahkan ada yang mati instant, bergantung kepada gred dia walaupun dia dalam gred rendah
- sekiranya ayat di atas tak lepas, maknanya gred dia hebat walaupun syaitan jenis ni kategori gred rendah, maka sempurnakanlah ibadat kalian dengan lafaz Bismillah, faham?
- setiap nama2 tuhan ada aura cahaya, ada cahaya sangat tak disukai oleh syaitan...
- syaitan juga ada spek mata masing2 sepertimana seorang jurukimpal memakai gogles ketika memateri besi, so bila syaitan2 ni diganggu rutin hariannya dengan orang2 macam kita yang selalu sebut perkataan2 direjam dan diisi dengan nama2 tuhan, diorang pun ada pendinding juga...... so jalannya ialah, IKHLAS & TAKWA.
- hanya makhluk yang mencapai *jalan ikhlas & takwa* tak mungkin syaitan ganggu, ini ada disebut oleh ALLAH di matriks langit selepas Iblis selesai bersumpah untuk sesatkan keturunan manusia setibanya di planet bumi nanti, bahkan mana2 manusia yang ada kategori ini siap ada radius bagi syaitan masing2 untuk tidak menghampirinya, ibarat ledakan bom atom, ada sinar2 uranium yang haram didekati sebab ianya adalah racun bagi syaitan
- sebab tu ada level2 tertentu untuk melawan jenis2 syaitan, ada yang cukup dengan lafaz Al-Fatihah aje, ada yang kena pakai ayat Bismillah 5, ada yang kena pakai ayat Kursi, ada yang kena pakai ayat 4 Qul, ada yang kena pakai ayat Rukyah, haa.... dah nampak dah level2 nak perangi alam 2D yang tersimpannya makhluk yang bernama syaitan? Yakni jin kafir..

Jin kafir @ SYAITAN akan menggunakan kaedah ni dalam banyak2 jenis tipudayanya samada dekat kedai makan, dekat kaunter bank, depan laptop, masa hubungan kelamin, masa nak tengok ceramah, atau masa nak mandi, atau masa nak sarapan, atau masa nak balik dari lunch dengan staf pejabat, semua syaitan di zaman teknologi mudah alih ini sudah advance untuk memperdayakan mereka, lagi-lagi perempuan yang suka pi tandas, banyak gila setan hinggap kat korang.  sila rujuk maksud tersirat surah anti-shir yang diberi nama Surah An-Nas.

Barangsiapa yang dianugerahkan mata ke-3, dia boleh lihat mengikut keinginannya, kalau dia nak tengok, tup2 dia boleh tengok serentak alam manusia dan alam jin di tempat yang sama, walhal.... sesiapa yang sengaja membuka mata ke-3 yang tak Allah hadiahkan sejak baby lagi, sangat berkemungkinan besar mata ke-3 nya tak dapat ditutup buat selama2nya, haa....pandaii2 kau lah, nak sangat kan?
HUJAHNYA...
"...Sungguhnya "dia" melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman..."
(Surah Al-A'raf, Ayat 2)

Setiap makhluk ada alah pada sesuatu, seperti mana manusia lelaki alah pada perempuan cantik, atau manusia perempuan alah kepada pujuk rayu lelaki idamanya, atau kanak2 alah kepada anjing yang garang, atau bila kita disuruh makan ubat, kita melatah, samalah halnya dengan jin, sesetengah jin takkan melalui atau menghampiri manusia2 yan telah "dipagar". Contohnya ada rumah di kampung disempadani oleh butir2 garam halus, dengan bersangka yang syaitan dari gred tinggi takleh menganggu mereka, garam adalah ALAT menghalau sahaja, seperti mana kita menggunakan burung hantu untuk menangkap tikus dalam ladang kita. GARAM adalah "alat" yang nyata dan bersifat fizik yang boleh nampak di mata manusia, tetapi dari segi sifat matriks, aura ghaibnya telah selari dengan alam 2D, so maknanya...... racun "bagi mereka" yang wujud pada garam yang bagi kita "adalah suci" merupakan bahana untuk golongan jin kafir yakni syaitan, sesetengah objek di alam manusia iaitu 3D mempunyai zon matriks yang SELARI dengan alam jin iaitu 2D, contohnya.... apabila kita trigger alam mereka dari alam kita melalui "alat dari alam kita", contohnya kemenyan, air panas yang kita tak sengaja tuang dalam lubang2, atau kita pancut air kencing atas tasik, benda2 ni akan trigger alam mereka sepertimana loceng kecemasan akan berbunyi bila kereta digigit dek tikus pada wayar fius.... faham?
Dari Abdullah r.a. katanya :
"Diberitahu kepada Rasulullah,
seorang lelaki yang tidur sepanjang malam sampai pagi...

sabdanya:
"orang itu telah dikencing syaitan pada telinganya"
(Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah:
"Apabila diantara kamu bangun dari tidur,
hendaklah ia memasukkan air kehidung 3 kali,
kerana syaitan tidur dalam lubang hidungnya."
(Hadis sahih riwayat Muslim)

kenapa bila marah badan jadi panas,kuasa apakah yang berlaku

Bila kau marah, pembuluh darah kau jadi besar, lebuhraya maklumat iaitu GATEWAY jadi lebar giler2, maknanya dengan handset yang sama, dah elok2 kau punya gelompang hanyalah GSM yang boleh mencapai GPRS & EDGE, tup2 handset kau ni kau pi auto trigger jadi UMTS yang boleh mencapai kelajuan 3G, sekiranya kau tak menahannya dari mengembang, handset giler ni akan mencapai kelajuan HSDPA melalui WCDMA yang akhirnya mencapai kelajuan maksimum 3.5G dan 4G kelajuan maksimum, sehingga handset jadi panas dan bateri cepat habis, begitulah ibaratnya jasad manusia, bila manusia marah, metabolisma dia meningkat, getaran sel2 dia meningkat, alter yang dihasilkan juga naik mendadak, signal2 dekat urat tulang belakang pun mendadak, kebolehan CPU iaitu akal untuk menafsir akan diambik alih oleh NAFSU, haa..... tang sinilah syaitan trigger dan pemerintahan diambik alih, sebab tu lah jadinya AMUK, bini baling pinggan, baby kena pijak dengan orang gaji, atau sesedap hati nak main ikut mana yang bini nak, atau rasa BENGANG yang melampau ketika traffic jam, sebab tu kena standby air... dan sebab itulah manusia terhebat sepanjang zaman bukan arnold susahnakeja yang berketul2 badannya tetapi manusia paling kuat ialah manusia yang berjaya menahan MARAHNYA.
HUJAHNYA:
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah. Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
You know why ? Kerana ada peperangan besar telah terjadi dalam tubuh kita.

Setiap jin ada maqam2 nya yang tertentu.... fahami baik2. ada jin jatuh cinta dengan kita kerana akhlak kita, kadang2 kita melancong kat sweden, bila balik tanah Melayu, jin tu ada kat sebelah kita. Syaitan boleh travel dalam pembuluh2 darah manusia, so...suka hati dialah nak ikut kita nak pi mana, mungkin dia pakai lampu doraemon dan badan dia jadik kecik? haa siapa tahu? sebab tu lah nak buat apa2 baca Bismillah dan lafaz syaitan direjam, supaya kita leh batalkan niat2 mereka golongan jin ni walaupun bukan semua dari mereka jahat2.

IBLIS tak heran dengan kita, beliau hanya muncul pada festival antarabangsa contohnya pertemuan2 sulit NGO dunia dengan ritual2 tertentu atau pertemuan antara kekasih Allah dan beliau sendiri. Takde masa deh Iblis ni nak jumpa kita, dia scan kita dari jauh je dah tau kita ni boleh ditawan dengan syaitan laptop sahaja. Iblis tinggal di atas air di dalam istana yang terapung2 yang di dalamnya penuh dengan segala macam perhiasan dari kerusi dan ular2 yang melingkari dan guard dan jaga yang seram kalau kita melihatnya.Iblis mampu menjelma menjadi manusia,kerana dia mempunyai tenaga dalaman dan kemahiran yang handal.Maklumlah bekas Ketua Para Malaikat (The Ex-Chief of Archangels).Kita mungkin tidak menyangka strategi Iblis sejauh itu,muncul di depan orang yang ingin dipengaruhi,orang itu pula mempengaruhi orang lain sehingga kepada The Elite,dan The Elite ini pula malangnya terdiri dari bijakpandai sehingga sistem politik,sistem ekonomi,pendidikan,industri barangan dan makanan dunia dipelopori oleh proksi-proksi The Elite.Tiada satu pun rumah orang-orang Islam di dunia kecuali segelintir yang tidak menyimpan atau menggunakan barangan buatan The Elite.

Wujudkah manusia yang menyatu dengan iblis. ya wujud.... dan sentiasalah wujud sampai kiamat.Hujahnya terlalu banyak dah bahkan banyak pertubuhan2 hitam semuanya ada ritual ke arah itu, dulu anak2 muda melayu pernah terjebak dengan ritual rocker metal siap ada lambang kambing hitam bagai, haaa....amenda tu? tulah salah satu ritual bersatu dengan jin, contohnya main duit syiling tilik nasib, tu semuanya ritual bersatu dengan alam jin.Masih ingat Lagenda mak lampir?Mak lampir itu dah masuk kategori dajjal Sebab mengabdikan dirinya 100% kepada syaitan dan iblis. Manusia2 yang mengabdikan diri kepada syaitan itu lah dajjal di dunia.Mak lampir dah terkurung selamanya.Guru mak lampir adalah syaitan dan iblis. Mak lampir menyerahkan nyawanya dan rohnya kepada iblis untuk terus hidup selamanya.Ayahda sunan dah lock Mak lampir dan terkurung selamanya sehingga kiamat.

Allah berfirman dalam Surah Al-Anam Ayat 112:
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan, manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan itu.

Bunian merupakan makhluk Allah dari DNA jin yang agamanya Islam, sebahagian besar dari mereka hidup di tengah2 kita, bahkan mereka siap datang kenduri kahwin di siang hari, penduduk kampung layan mereka seperti melayan manusia biasa, penduduk kg.tau mereka ni bunian sebab kaki tak cecah tanah, tapi pemakaian mereka macam orang kita Melayu.

Qorin adalah jin pendamping, ia boleh bertaraf syaitan atau dia boleh jadi jin islam bahkan boleh bisikkan kita perkara2 yang sesuai dengan amalan seharian kita, baiknya qorin kita adalah mengikut akhlak diri kita. Kebanyakan qorin mengajak kepada keburukan. Harap maklum...Dikatakan Qorin milik baginda Nabi Muhammad masih ALIVE dan beliau berada di sekitar Madinah.Hanya qarin Rasullullah saja islam Jin qarin tidak dapat dimusnahkan dan akan mendampingi manusia sehingga saat manusia itu menemui ajal.Qarin dan kita tak boleh dipisahkan.Qarin tak boleh buat apa-apa jika kita sering dzikir tasbih dan lakukan 5 rukun islam dan 6 rukun iman. Qarin ada lah teman sekongkol syaitan yang fungsinya menghasut dari dalam dan syaitan dari luar.Setiap kata-kata negatif ke arah dosa yang kita dengar adalah dorongan qarin, jadi tak payah dengar la.Qarin sememang nya ada di dalam tubuh manusia terutamanya di jantung. Qarin hanya mampu berbisik untuk berbuat kejahatan tapi penganggu setiap masa dan qarin ajak kita berfikir merepek dan tak logik.Qarin perlukan nafsu untuk menjahanamkan manusia. Qarin akan lebih sedaya upayanya untuk menyekat manusia yang beriman agar leka dan perlahan-lahan jauh dari rahmat ALLAH SWT.Jika qarin menguasai kita, itu la kenapa boleh nampak seseorang serupa kita dirumah. Kalau kita yang kuat... qarin lemah, tak berdaya hingga kurus kering tinggal tulang.Qarin berjaya membuat kita malas. Qarin menguasai diri kita sepenuhnya apabila kita tak solat, tak puasa.  Pendek kata 5 rukun islam dan 6 rukun iman kita lupa. Bila kita buat suruhan ALLAH  semula,  seharian jin qarin kalah. Esoknya qarin ajak temannya si syaitan @ jin kafir bantu dia. Dan manusia kalah lagi. Apabila qarin menguasai diri kita sepenuhnya beerti kita dah zero amal dan iman, tak ada rasa sikit pun syukur kepada ALLAH S.W.T.Kebanyakan kes macam ni berlaku kepada pemuja syaitan yang menyerahkan 100 peratus diri mereka kepada syaitan dan di sinilah qarin menang 100% dan akhirnya boleh menyerupai diri kita. Nauzubillah.
Jangan sampai 1% pun iman hilang. Selagi iman ada selagi tu qarin tak Boleh menyerupai kita sebab iman walau 1% tetap akan ALLAH S.W.T gerakkan untuk buat kebaikan melalui utusannya malaikat yang juga ada dalam
diri kita untuk bisik kebaikan.

Setiap jin itu sendiri, mempunyai Qorinnya masing2, maknanya, bapak giler banyak jin di alam 2D tu ha.................. Sebab tu perkataan JIN banyak disebut dalam kitab2 wahyu, bahkan, di antara perkataan insan dan perkataan jin sekiranya digabungkan dalam mana2 ayat wahyu dalam Al-Quran, sudah pasti perkataan jin akan disebut dahulu, but why?

Dalam badan kita ni ada banyak pintu2 kemasukan, sebab itulah manusia ni istimewa, bukan sahaja boleh ditumpangi oleh RUH kita, bahkan boleh ditumpang serentak oleh jin, sebab tu jin boleh ambik alih badan kita 100% bila kita tak menguasai jasad manusia tu, faham? Kalau tak...taklah nabi pesan supaya kita lindungi diri ni dari gangguan syaitan, dan kalau tak....taklah Allah bilang dalam Al-Quran yang syaitan adalah musuh kita yang nyata, faham? bila badan kita tidak lagi dikawal oleh ruh kita, maknanya aksesori ruh kita seperti akal, perasaan, pertimbangan, akses malaikat untuk nasihat kita, kesemuanya itu totally akan dimabik alih oleh syaitan, dan pengambikalihan syaitan ke atas jasad manusia dipengaruhi oleh gred syaitan itu sendiri, sebab itu perubahan watak manusia itu sendiri terkadang dari gangguan syaitan, bukan sekadar datang dari diri emosi manusia itu semata2, lagi kuat gangguan syaitan tu, maka lebih INSTANT lah kesannya pada jasad manusia, sebab tu untuk sesuatu syaitan itu terkesan dalam jasad manusia, ia dipengaruhi oleh grade syaitan itu, samada gred rendah atau gred tinggi, gred tinggi kalu........ berupa sihir lah, contohnya jin yang berupa bentukkan harimau, tetiba plak suara anak dara tu jadi suara harimau dari hutan afrika, haa mcmana lak tu? so ia bergantung kepada status syaitan itu sendiri, syaitan akan melekat pada kita kalau kita adalah perempuan yang pengotor walaupun kita cantik tapi sebenarnya tak mandi hanya setakat bubuh pewangi badan, inilah satu2nya potensi terbesar syaitan suka bersarang pada wanita, dan sebab itulah mengapa wanita akhir zaman ramai yang dah takde kesempatan bernikah, antara sebabnya ialah perhinggapan syaitan.... ya, sememangnya jodoh itu kuasa Allah, tapi qodok & qadar berubah seiring tabiat manusia, dan jangan lupa TAKDIR manusia boleh berubah hanya kerana DOA, so hati2 lah dengan DOA manusia yang dizalimi, silap2 masa depan kita yang cerah berubah jadi mendung. Pengambikalihan host oleh jin yang berjaya ditakeover dari ruh manusia akibat manusia itu sendiri yang tak menjaga dirinya dari sifat marah, atau pengotor, atau cara hidupnya sendiri yang mendedahkan dirinya kepada sebarang POTENSI. Bak kata pepatah anak2 Melayu, mencegah lebih baik dari mengubati. Kan?

KANSER

Anyway... syaitan jenis gred rendah ini lah yang lagi lama dia dalam badan kita, akan mendatangkan kanser, tak kisah lah kanser apa pun, jenis kanser pula bergantung kepada jenis syaitan apa dan di mana lokasi badan yang syaitan tu duk dalam badan kita, kanser stage 1 dan stage 2 MUSTAHIL dikesan oleh mana-mana tekonologi perubatan sebab itulah Rasululullah mengisyaratkan kita agar selalu bangkit malam agar segala penyakit zahir dan batin boleh dibuang. Nabi pesan pada kita syaitan boleh travel dalam jasad manusia dengan cara berenang2 dalam pembuluh urat darah kita (rujuk urat getar), maka nabi pesan pada kita, MAKA SEMPITKANLAH JALANNYA DENGAN CARA PUASA.

Sekalian mikro organisma seperti kuman di dalam tubuh badan kita..adalah syaitan yang direjam. sebab itu pakar perubatan ada sebut...kuman nie..ada dua jenis. kuman baik ada dan kuman jahat pun ada. apa benda tue?? pelik betul bunyinyer. rupa-rupanya...syaitan!syaitan gred rendah yang duk bersarang lama dalam jasad kita akan menyebabkan kita sebagai "host" merana dengan kehadiran kanser, kanser adalah salah satu sifat pada sel sihat yang telah berubah sifat fitrahnya kepada bersifat cacat dan kedudukan sel kanser itu sangatlah buruk, ibarat 2 orang baby kembar, dua-dua comel tembam dan menggebukan, dalam masa 3 bulan, salah seorang dari mereka terkena demam campak, nak bayangkan sel kanser adalah seperti buruknya kulit baby yang terkena demam campak, habis 1 badan berbintik2, begitu deritanya kanser ke atas jasad manusia, sangat kemungkinan besar sel2 bulat yang bergerak di antara pembuluh2 darah itu adalah jelmaan syaitaan dalam bentuk mikroorganisma.

Rasulullah juga berpesan, SEMPITKANLAH PERJALANAN MEREKA DENGAN CARA BERPUASA, tak silap saya, kebetulan ilmu yang sama ditemui oleh Ustaz Kazim iaitu sesiapa yang solat malam dan istiqomahkannya setiap hari, tak sampai 1 bulan penyakit kanser HILANG 100%, ada keaajaiban di situ. Pernah lihat bagaimana sel2 air berubah apabila kita bacakan ayat2 Al-Quran yang dibuktikan oleh professor dari Jepun?Sila rujuk "The Miracle of Water": Masaru Emoto

90% sel2 di dalam badan kita yang bersifat buruk dan menganggu fitrah sel2 badan kita sangat berkemungkinan besar adalah si syaitan itu sendiri, alangkan perempuan cantik & lelaki hensem berjasad pun mereka boleh berubah, inikan pula sel2 sekecik titik noktah, sebab itulah kategorikan mereka sebagai syaitan (jin kafir) gred rendah yang kita tak nampak. Sila study pesan Rasulullah mengenai kelebihan puasa dan kenapa syaitan bebas berenang2 dalam pembuluh darah kita yang berselirat tu? Haa....... kata2 nabi kita yang agung ni nampak aje simple, tetapi penuh dengan RAHSIA....

Apa pun, apa sahaja yang kamu scan dengan doktor, dan doktor cakap stage pertama berjaya dikesan, ketahuilah itulah dia stage ke-3 dan ke-4 yang KONONNYA doktor claim ianya hanya 1st stage, diulangi lagi sekali, permulaan FASA kanser MUSTAHIL boleh dikesan, jadi apa sahaja teknologi tak dapat mengesan kanser 1st stage, seperti mana teknologi tak dapat kesan lokasi betul akal, nyawa, nafsu, apakanlagi syaitan gred rendah dalam bentuk mikroskop. Apa sahaja doktor cakap yang kononnya kanser boleh dikesan pada stage pertama, sebenarnya adalah stage 3-4 dalam ilmu kekanseran akhir zaman, believe it or leave it. Kenapa zaman dulu takde kanser, sekarang terhegeh ada kanser, ini semua manipulasi dajjal dengan kehadiran biotek, haaaa makan lagi fast food tu sampai ilmu semudah ni pun takleh nak paham.   sebab tu dalam buku Muhammad Isa Dawud ada mencatitkan, yang jin kafir ni siap boleh lepak dalam rahim perempuan lagi, inikan pulak hidung manusia, alangkan pembuluh darah pun jin kafir leh berenang2, hmmm....... resdung... sebab tulah kita bersin ek? sebab tu lah nabi suh kita sebut Alhamdulillah, dan Yarhamukallah ek? Tersirat jugak nih...

Kepada yang berpenyakit, ubatnya hanyalah 1 aje, banyakkan ingat tuhan dengan cara selawat & solat malam, buat sikit2 aje, tapi maintain sampai mati, jangan berlagak buat banyak2 tapi bertahan pun tak sampai 1 hari atau seminggu, Allah suka manusia lemah macam kita ni buat sikit2 tapi berterusan, 100% penyakit kanser ke hape ke elok dengan izin Allah, kalau kamu semua paham makna tersirat makhluk syaitan gred rendah ni automatik kamu semua tahu kenapa penyakit2 ni boleh pulih hanya kerana kita ingat tuhan, life is simple, make it simple. Hidup ni Allah bagi senang, manusia aje bagi kasi susah.

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad bersabda:
“Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu.
Sungguh Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu.

Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ingat... kanser adalah berpunca dari pemeraman syaitan (gred rendah) dalam jangkamasa lama dalam jasad manusia, celaka datang dalam jangka masa lama, sebab tu kanser tak mungkin dikesan di peringkat awal. Berbeza dengan syaitan (gred tinggi), kesan kesakitan yang jasad manusia alami adalah INSTANT & SERTA MERTA. Contohnya "sihir". Syaitan yang dimaksudkan adalah dari alam 2D. Sedangkan manusia berada di alam 3D. Sedangkan malaikat berada di alam 4D. Sebab itu mana-mana syaitan yang berusaha untuk menampakkan wajah mereka, tak pernah walau sekali pun kelihatan cantik, sebab frekuensi mereka dari alam 2D tak boleh matching dengan alam manusia yang bersifat 3D, kalau pun ia berupaya untuk menjadi wanita cantik atau lelaki hensem, ia hanya boleh bertahan beberapa jam sahaja, itu pun di waktu tanpa cahaya, sila ulangkaji berkenaan Perang Badar bagaimana raja syaitan bernama IBLIS mampu menunjukkan diri di khalayak ramai DI WAKTU TENGAHARI di dalam perang siap menunggang kuda lagi... ini merupakan salah satu kategori GRED TINGGI, sedangkan Iblis sememangnya seorang yang berilmu. Sebab itulah malaikat dari alam 4D yang menjelmakan diri di alam manusia yang bersifat 3D sentiasa berseri2 kerana frekuensi & tenaga mereka mencukupi untuk synchronize dengan alam manusia, bahkan jasad mereka cantik2 dan segak lagi hensem. Sila rujuk peristiwa 2 malaikat yang bertemu Nabi Ibrahim dan isterinya untuk mngkhabarkan berita kelahiran baby Ishak sebelum 2 malaikat ini terbang ke Nabi Luth untuk membawa bala, perhatikan bagaimana respon jiran2 Nabi Luth terhadap 2 malaikat ni, mereka sendiri bilang 2 malaikat ni adalah tetamu yang luar biasa, dan hensem lagi segak. Kalau orang2 GAY pun boleh mendakwa malaikat yang menjelma jadi manusia itu pun sudah sesempurna ini, maka terbukti sudahlah ilmu ini.

SAKA

Saka adalah kategori syaitan GRED TINGGI. Pada tahap2 tertentu, ia boleh menyerupai saudara kita atau suami kita atau isteri kita, pada level2 tertentu, SAKA akan minta untuk main dengan tuannya sebagai salah satu dari gaji bulanannya atau selepas selesai upah, sangka jenis "user friendly" sekadar hisap darah kat ibu jari aje, yee.... takutnya. SAKA adalan "nama timangan" kepada jenis jin yang boleh dibela apakan lagi boleh diwarisi dari generasi keluarga yang terlibat memeliharanya.

Contoh kes

Sebelum di diagnosis dengan kanser rahim, saya selalu mimpi seorang makcik tua dan bayi lelaki.. Kalau dulu saya takkan ingat apa mimpi saya tp bila saya dihospital saya dapat ingat saya ada baby dan baby tu menangis dan seorang makcik yg saya tak berapa kenal pasti.. Adakah tu alamatnya yg ada jin dalam rahim

Jawapannya

itu tanda jelas anda sedang diperturunkan SAKA dari generasi kamu, samada dari bonda atau ayahanda, dan tanda yang SAKA (jin gred tinggi) itu telah menjadi pendamping setia kita ialah...... adakah tuan empunya diri itu pernah mimpi menyusukan baby itu dalam mimpi? kalau pernah.... itu tandanya tuan badan secara tak sengaja telah sign agreement untuk menerima SAKA itu... Kalau belum sampai tahap menyusukan baby, maknanya mimpi tu akan datang lagi sampailah SAKA tu benar2 "ada chemistry" dengan tuan badan.

Nasihat saya, kalau datang aje mimpi tu, tolong edit mimpi tu dan campak dia ke atas lantai, kita leh edit mimpi kita, dan bagi dia signal aku taknak kau.... kalau boleh kasi bakar baby itu dalam mimpi kita.........

buat aje.... mimpi nyusukan baby ni adalah TRICK jin gred tinggi... Atas sebab inilah kenapa nabi suruh kita puasa sebab boleh menyempitkan pembuluh darah kita, sebab syaitan sememangnya boleh travel dan berenang2 dalam darah kita, no wonder dia boleh akses ibusawat kita dan control mimpi kita. Lagi satu, kena maintain baca surah Al=Baqarah hari2... 1 muka 1 hari pun takpe, penuhkan hati awak dengan bacaan2 dari wahyu, tu aje... banyak lagi caranya.... tapi buat aje simple step ni.

Suami yang ada SAKA sangat berkemungkinan besar si isteri "pernah" atau bakal menjadi mangsa di masa depan dan mungkin atau "pernah" diajak main dengan jin peliharaannya berulang kali tanpa si isteri sedari, tandanya ialah...... si isteri sentiasa rasa PANAS dengan si suami dan sampai bila2 pun akan takde FEEL, segeralah ISTERI SOLEHAH berlepas diri dari suami seperti ini, so tak perlu fikir2 lagi dah... ROGER & OUT OF HIS WORLD...!!!

Ingat... kebanyakan SAKA hanyalah membawa CELAKA dalam hidup manusia, dan setiap kecelakaan pada diri manusia itu sememangnya datang dari apa yang kita makan, ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN, ini sangat sesuai dengan banyak petikan dalam Al-Quran seperti contohnya:
Wahai sekalian manusia...!
Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan,kerana syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Surah Sapi Betina, Ayat 168.)

MAKANAN

Dah nampak dah apa kaitan makanan dan manusia dan jin? Sebab tu mana2 manusia yang suka makan fast food, otak dia sangat bengap dan payah untuk memahami ilmu2 tadika semudah ini, bahkan apabila bercerita tentang akhir zaman, minda dia akan automatik diBLOCK, do you know why? because Dajjal sangat pakar dengan kejuruteraan biotek, one ring to rule them all.......... study apa isi kandungan makanan fast food, dan kenapa tiba2 plak semua parempuan digalakkan buat suntikan vaksin? KONONNYA untuk mencegah kanser servik? .... ini semua perancangan Dajjal untuk menguasai wanita tak lama lagi.... ya... hanya melalui suntikan aje, nampak simple kan? Kau tau apa molekul2 dalam suntikan tu?

Atas sebab itulah kenapa Nabi Muhammad hanya cukup memberikan kita 1 signal iaitu dengan jalan puasa.... setan ni terer beb..... perempuan pun dibalunnya INDIRECTLY melalui suntikan, kesannya bukan hari ni, tapi di masa akan datang TAK LAMA AJE LAGI. Sebab tu bila berlaku gempa bumi di sempadan Madinah apabila tibanya Dajjal kat sempadan kota, beribu2 wanita keluar dari Kota Madinah berteriak dan menuju e arah Dajjal, so MAKE YOUR RESEARCH BEB................... this is so damn serius.....
Why???? Sebabnya ialah:
Wahai orang-orang yang beriman...!
Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Surah Sapi Betina, Ayat 208.)

PERANG BADAR ke-2 akan berlaku seluruh dunia melibatkan benda2 ghaib, sebab itulah dalam hadis mencatatkan yang Dajjal mampu menghidupkan manusia2 mati, dan mendatangkan balik emak ayah yang lama ninggal, walhal itu semua adalah permainan Qorin yang dah memeterai perjanjian dengan Dajjal di seluruh dunia..... hati2 wahai kaum wanita........

PEREMPUAN@ WANITA

Kenapa perempuan paling ramai dihinggapi syaitan dan segala jin? Jawapannya pemakaian mereka walaupun kononnya pakai tudung, dan ingat, seluar jeans biru bukan saje2 dinamakan dengan "jean" tanpa apa2 sebab, tetapi sememangnya ada kaitan dengan JIN, sebab itulah mana2 penjenayah yang nak lakukakan jenayah confirm pakai seluar jeans punya....... BUKTIKAN SAYA SALAH.

Wanita dan perempuan Islam digalakkan agar banyak berada di dalam rumah. Ini sesuai dengan firman Allah yang berbunyi:
(Al-Ahzab Ayat 33):
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu, serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu ….

Did you know why dear??? Because...
Ibnu Mas’ud r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda ,
“Wanita adalah objek yang tersorok (aurat),
apabila dia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki”
(Riwayat Hadis At-Tirmizi).

Oleh itu kan awak... perempuan yang keluar rumah untuk bekerja, perlulah menjaga lenggang-lenggok dan gerak-gerinya, agar tidak menghairahkan kaum lelaki yang lemah imannya serta yang cepat terangsang nafsunya. Atau terkadang, mengghairahkan LESBIAN yang duk bersepah di luar sana, sebab ini sangat bersesuaian dengan firman Allah yang berbunyi:
(Surah An-Nur Ayat 31) :
…. dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka ….

Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca Al-Quran tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek di hadapan cermin. Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin jantan dan betina menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.

Hujahnya:
Diriwayatkan daripada Sofiah binti Huyai ra berkata: Pada suatu malam ketika Nabi saw sedang beriktikaf aku datang menghampiri baginda. Setelah puas berbincang-bincang dengan baginda, akupun berdiri untuk pulang. Rasulullah s.a.w ikut berdiri untuk menghantarku. Tempat tinggal Sofiah adalah di rumah Usamah bin Zaid. Tiba-tiba datang dua orang Ansar. Ketika mereka melihat Nabi saw mereka mempercepatkan langkahnya. Lalu Nabi saw bersabda: "Perlahankanlah langkahmu. Sesungguhnya ini adalah Sofiah binti Huyai. "

Kedua-dua orang ansor itu berkata, "Maha suci Allah, wahai Rasulullah." Lalu Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia Sebenarnya aku risau ada tuduhan buruk atau yang tidak baik dalam hati kamu berdua," (Riwayat Bukhari di dalam kitab I'tikaf hadis nombor 1894, 1897, 1898. Riwayat Ibnu Majah di dalam Kitab Puasa hadis nombor 1769).

Hadis di atas menjelaskan bahawa jin dapat masuk ke dalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia umpama arus elektrik yang mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin boleh masuk dalam badan kerana jin dari asap. Zarah jin besar dari zarah angin. Bila zarah tu masuk liang saraf pasti akan berasa sakit. Jin apabila masuk ke dalam tubuh boleh mendiami sesuatu kawasan dan berumah di situ. Kenapa ramai mudah rasa sakit tulang-tulang, kerna jin makan tulang. Maksudnya bukan makan macam kita makan nasi. Jin asap molekulnya, jika ambil contoh besi bila tak di cat akan mudah berkarat kan bila terkena angin.

SOLUSI

Jin Qarin yang berjaya dilemahkan akan hanya terbujur layu seperti mati tak mati. Lemahkan qarin beerti jangan ikut apa
bisikannya.
LAILLAHAILLALLAH.
SELAWAT.
ALFATIHAH.
Ini kunci pertama lemahkan qarin. Apapun yang dibisikkan qarin jikahal tu mengarah kepada dosa, buat tak tau dan terus istighfar. Jadi qarin bisa pecah mata atau buta telinga. Bacaan surah Yassin adalah kunci kedua nak lumpuhkan qarin Sebab tu mereka yang membantah bacaan yassin malam jumaat di rumah ALLAH,  sangat terikut kepada qarin dalam hal pencarian ilmu ALLAH S.W.T.Jika berdepan dengan orang sebegini, tak
perlu cakap tapi senyum saja... dalam hati istighfar.Pasti mereka jadi marah sendiri .Bila marah beerti mereka ambil Haq ALLAH S.W.T yang hanya berhak untuk marah. Apabila mereka mengambil Haq ALLAH SWT, Automatik Bantuan ALLAH S.W.T akan hadir di kiri kanan atas bawah depan belakang
dan dalam diri kita.Jadi mereka akan mundur sendiri sebab itu lebihkan istighfar apabila berdepan dengan mereka yang kerasukan kerna qarin dan jin dalam tubuh manusia marah sendiri sebab qarin mereka tak boleh
pengaruhi kita walaupun qarin yang merasuk manusia tadi cuba berhubung untuk lemahkan kita.Hati yang cepat cool bila digertak manusia adalah sangat baik.Bukan hati yang cepat marah dan panjang marahnyaaa...qarin dalam diri tepuk tangan. Bila kita rasa marah meluap-luap, qarin dalam diri akan saran, ‘marah..lagi marah....lagi lagi...marah....teruskan marah.'

Jika jin masuk kedalam akal dan cuba mempengaruhi akal dengan menampakkan wujud yang pelik-pelik, Akal harus cepat di gerakkan untuk fikir yang baik-baik.
Contoh tiba-tiba akal fikir di penjuru dinding tu ada lembaga hitam.imej itu akan sampai kepada mata dan semua sel badan.Terbalikkan akal itu agar melihat cahaya putih dan membinasakan imej jin tadi maka terhapuslah jin tadi.

Penyakit memang disebabkan jin(asap, udara
kotor). Justeru hidung kena selalu dibersihkan dan baca selawat setiap kali cuci hidung agar asap itu beku dalam molekul air. Itulah fungsi
wuduk, inilah sebab kenapa manusia diwajibkan ambil wuduk 5 kali sehari untuk solat karna asal manusia dari molekul tanah ini akan mudah segar apabila terkena air. Api dan asap tak kan dapat rapat dengan tanah lembab. Kalau tanah kering dengan mudahnya api dan asap mendekat dan menyatu untuk menjadikan tanah semakin kering dan akhirnya rapuh. Itulah sebab qarin, syaitan, jin kafir tak boleh sentuh dan ganggu kita selagi kita dalam wuduk. Selagi kita amalkan Al Qursi dan zikir serta tasbih, qarin semakin kurus dan akhirnya hodoh dan lesu.  Kita semakin berenergi juga awet muda.

Amalkanlah minum susu kambing dengan kurma, moga dapat menghalau jin yang berkampung  dalam tubuh khususnya dalam rahim.

Kenapa susu kambing? Sebab  susu kambing bersifat alkali. Kuman atau fungus hidup subur dalam tubuh yang kandungi asid tinggi. Boleh rujuk kajian Dr. Tullio Simoncini tentang kanser adalah fungus. Doktor perubatan italy ini merawat pesakit kanser menggunakan soda bikarbonat yang juga bersifat alkali. Bila disuntik soda bikarbonat , tubuh pesakit kanser bersih dari kuman fungus.

Mengapa kurma dibenci jin dan setan? Serta mengapa Nabi SAW memerintahkan kita makan dalam hitungan ganjil 3. 5. 7 dan dimakan pada pagi hari? Dan yang paling baik makan tujuh biji kurma. Baik dari segi Agama dan ilmiah ternyata kurma membuahkan daya perlindungan tubuh manusia dan membuat perisai pelindung untuk tubuh manusia. Antara bukti Saintifik, Kurma dpt menyuci buah pinggang ,hati dan membersihkan racun.

Amer bin Saad dari ayahnya – berkata : Rasulullah, sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: *Lakukanlah ihtiar perlindungan dari sihir dengan makan 7 kurma*

Jadi,paling afdal pada Waktu dhuha, makanlah 7 biji kurma bersama minum susu kambing. Kurma panas dan susu kambing penyejuk,ia konsep lelaki dan perempuan, yin dan yang. Mkn 7 biji kurma akn menguatkan aura biru yg mana aura biru berfungsi menghalang dan menghapuskan sihir.Bismillah InshaALLAH.

Macam mana nak buang syaitan yg menjadi penyebab sakit badan khusus kalangan perempuan?

1) suruh saudara-mara sejantina urut dengan lafaz bismillah, urut sampai sedap dan hilang lenguh...
2) selepas asar ketika cahaya matahari dilindungi awan, kalau dah "fresh" selesai aje solat, dengan lafaz Bismillah, baca Al-Fatihah, berhenti pada ayat 5 dan niatkan aku nak sembuh sakit  dengan 7 kali tawaf dengan cara joging, dan kesannya, akan jadi bertenaga macam anak dara, inshaAllah... lenguh2 tu hilang terus.

Sebab itu kalau tuan-puan ada mendengar mana-mana ustaz atau mana2 ustazah yang mengatakan mempercayai kewujudan syaitan, hantu, jin, filem2 hantu, dan seangkatan itu KONONNYA mendatang khurafat & syirik kepada Allah, orang seperti itu layak dilempang, sebab mereka ini sudah menafikan rukun iman iaitu kepercayaan kepada benda2 ghaib. Kalau anda pernah mendengar mana2 orang tua atau anak muda atau manusia yang berlagak pandai hanya kerana mereka memakai serban & jubah lalu mengatakan bahawa sihir ini tidak wujud, santau tak wujud, pukau ni tipu sahaja, maka orang2 seperti ini telah pun KAFIR, sebab apa? Sebab apa? Sebab dia telah menafikan secara INDIRECT 3 rekod dalam Al-Quran yang sengaja Allah rakamkan dalam bahasa Arab tentang lafaz abadi sang iblis untuk menyesatkan manusia. Secara tak langsung manusia2 seperti inilah yang sentiasa menafikan tentang wujudnya syaitan.

"Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya," (Shaad ayat 82)

Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus," (Al-A'raaf ayat 16)

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, (AlHijr ayat 39)

Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil."
(Al-Israa' ayat 62)

IBLIS TIDAK BERMAIN-MAIN DENGAN SUMPAHNYA.

Akhir cerita,para pengikut iblis dan syaitan akhirnya akan rasa tertipu,melebihi Tipah Tertipu dan mengalami sindrom kekecewaan yang teramat sangat kerana ditipu hidup-hidup oleh syaitan dan Iblis yang hodoh lagi bertaraf rendah berbanding manusia,sebaik-baik ciptaan.

“Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, “Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu.” Maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang seraya berkata, “Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah.” Allah sangat keras seksaNya.”(Surah al-Anfal, 8:48)

Penghargaan:Misi terahsia

kesimpulannya...


Surah Fatir [Ayat 6]
Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.

Surah Yasin [Ayat 60]
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

Surah Az-Zukhruf [Ayat 62]
Dan janganlah syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar); sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Top