JIKA PUAN SEORANG IBU DAN ISTERI, AYAT KE 5 PASTI MEMBUATKAN KITA TERSEDAR!
.
Abeja (Abd Jabbar):
Kisah benar
Ego seorang Wanita.
.
Barangkali ia boleh diambil iktibar dan menjadi peringatan malah ada sesuatu yang boleh kita belajar.
.
Kakak T(nama dirahsiakan) menulis;
.
“Puan, sewaktu zaman bujang saya seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Saya sangat gemar memasak. Setiap hari sayalah yang menjadi chef di dapur rumah bujang kami. Hujung minggu, saya suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti menerima pujian.
.
Namun, segalanya berubah apabila saya berumahtangga. Beban tugas di pejabat, urusan rumahtangga dan beban pengajian membuatkan saya bertukar karekter.
.
Di rumah, saya jarang sekali memasak untuk suami. Asalnya pada awal perkahwinan kerana suami sering menegur setiap hidangan saya. Dia sering membandingkan dengan masakan ibunya.
.
Dia mahu saya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan saya hanya biasa - biasa sahaja. Contohnya, suami mahu saya merebus ikan terlebih dahulu sebelum mengorengnya. Sedangkan pada ketika itu pada fikiran saya – ia kerja renyah dan menyusahkan. Banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan. Saya sukar menerima teguran.
.
Anak-anak pula banyak kerenah – meminta memasak itu dan ini sedangkan saya keletihan kerana bebanan kerja dan beban tugasan pengajian. Akhirnya suami membuat keputusan untuk makan sahaja di kedai. Jika ada tetamu datang bertandang, suami tempah makanan. Anak-anak pula diajar memakan makanan segera. Saya berasa lega.
.
Begitulah..bertahun-tahun ia berlalu.
.
Kini, saya dan suami sudah bersara. Anak-anak pula semuanya telah berumahtangga. Kami sedang mengharungi kehidupan yang sunyi. Tiada komunikasi. Ketika duduk berdua, saya mahu memasak untuk suami. Namun, dia menolak.
.
Katanya, ” Tak apalah.. kita makan di kedai sahaja.”
.
Adakalanya saya bertanya,
.
”Abang..mahu saya bancuhkan kopi?”
.
Jawapannya,”Tak apalah..nanti saya buat sendiri.”
Apabila anak-anak pulang bercuti, mereka berpakat - pakat makan di restoran. Ketika hari raya, mereka menempah juadah atau isteri masing-masing membawa makanan sendiri. Saya rasa terpinggir. Pernah beberapa kali saya menyediakan makanan apabila dimaklumkan tentang kepulangan, namun apa kata mereka;
.
“Mummy kenapa bersusah-susah? Kami sudah makan dalam perjalanan tadi.”
.
Makanan tidak berjamah. Tidak seorangpun merindui masakan ibunya. Sayu hati saya apabila mengenangkannya.
.
Lebih sayu lagi apabila anak perempuan saya langsung tidak pandai memasak apa-apa. Sedangkan ketika saya sebaya dengannya boleh memasak segala macam juadah. Apabila ke rumah mereka, saya melihat anak perempuan kami terkial-kial membantu suaminya di dapur. Dia menyiang ikan dengan penuh susah payah.
.
hati saya remuk. Lebih remuk lagi, apabila suami tidak mahu dimasakkan apa-apa. Sedangkan apabila saya ke dapur, saya melihat dia menyediakan makanan dan makan sendirian. Masakan yang biasa disediakan oleh arwah ibunya!
.
Kakak sudahi dengan pesanan dan perasaan yang penuh dengan kekesalan di hati. Katanya hebat bagaimanapun masakan kita, tidak jika tidak disuap ke mulut anak-anak dan suami…ia tidak bererti.
.
Sungguh, masakan ibu rupa-rupanya mampu menjalinkan perhubungan ibu dan anak. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dikenang oleh anak-anak suatu hari nanti. Ada ilmu yang boleh diturunkan menjadikan ia bermanafaat.
.
Salam sayang buat emak, adik, kakak dan semua ibu-ibu yang dirahmati Allah. Sudah tentu, mereka menjadi guru nombor satu!
.
Masaklah walau sesibuk mana sekalipun sekadar telur dadar berlaukkan kicap. Masaklah demi air tangan seorang isteri terhadap suami dan ibu terhadap anak2 kita. 😭😭😭

Sebenarnya cerita ni mendalam dan banyak pengajarannya. Cuma sesetengah kita ni yang tak dapat menangkap atau sengaja membuat interpretasi yang memihak kepada perasaan sendiri semata-mata.

Suami minta isteri rebus ikan dulu, baru goreng. Nampak susah, leceh dan mungkin bodoh bagi sesetengah orang. Tapi BERDOSAKAH permintaan itu? Kalau tak berdosa, isteri kenalah ikut, sebab itu perintah suami. Kalau penat, sibuk dan sebagainya isteri boleh cakap baik2 & lemah lembut dengan suami supaya tunggu waktu lapang atau isteri cuti. Biarlah jarang2, biarlah seminggu sekali atau sebulan sekalipun, tapi taatilah permintaan suami tu dengan memasakkan apa yang dia minta. Jangan langsung TAK NAK buat. Itu berdosa, mengundang bala.

Macam cerita ini, Allah tarik nikmat kasih sayang dan perasaan romantis antara si isteri dengan si suami gara2 keengganan isterinya memasak makanan kegemaran suaminya dari muda hingga ke tua. Dicabut nikmat keriangan anak2 perempuan dan menantu2nya gara2 dirinya yang tak dapat menurunkan ilmu memasak kepada mereka. Sebab apa? Sebab tak taat, enggan tunaikan apa yang suami minta walaupun permintaan suami tu bukannya satu dosa.

Isteri yang cantik, bijak, rajin cari duit dll tapi suka atau selalu merendahkan dan menolak arahan atau permintaan suaminya, dia tidak akan disayangi suami sepenuh hatinya. Ketaatan seorang isteri adalah resepi utama kasih sayang suami dan kebahagiaan rumah tangga. Jangan nilai permintaan suami tu ikut acuan dan perasaan sendiri saja. Hukum Allah dah sebut awal2, perintah suami wajib ikut selagi dia tak suruh buat benda mungkar. Walaupun mungkin perintah suami itu kadang2 payah, berat, remeh, bodoh dsb tapi selagi tak mungkar dan tak memudaratkan akidah atau kemaslahatan si isteri, maka wajiblah si si isteri taati dan tunaikan. Sebab suami juga suda diperintahkan supaya jaga dan layan isteri baik2 dan kalau perlu, korbankan segala harta dan keringat untuk isteri. Jangan ditolak mentah-mentah permintaan suami itu hanya kerana si isteri merasa permintaan suami tu ‘tak patut’, ‘tak sesuai’, ‘buang tabiat’ dll.

Suami dalam cerita ni pun hanya bandingkan MASAKAN isteri dengan masakan ibunya, bukan DIRI si isteri dengan diri ibunya. Jadi, tak perlu diperbesarkan soal itu. Perempuan memang sensitif, tapi hukum rumah tangga diatur ikut ajaran agama, bukan ikut sensitiviti dan emosi isteri atau suami semata-mata.Banyak pengajaran dalam kisah ni...ramai yang fokus hanya pada isteri yang tak masak untuk suaminya. Selainnya kisah ni lebih pada betapa pentingnya 'air tangan' seorang wanita...baik kepada suami mahupun anak2nya. Tidak berpihak kepada kaum lelaki, cuma..kisah ni lebih kepada kesan negatif pada ibu atau isteri tu sendiri, bilamana sedari awalnya kurang menitikberatkan kuasa 'air tangannya'...ya sudah semestinya atas sebsb dia penat kerana bekerja. Pada akhirnya setelah bersara baru tsedar dia sendiri yang terlepas memberi 'air tangan' pada suami dan anak2nya... pengikat kasih sayang ibu isteri pada anak2 dan suami. Semoga kita amik pegajaran dari kisah ni.Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Top