Beza antara badan manusia dengan jasad orang kafir ialah PADA TUMIT KAKI KIRI yang tak pernah dihinggap oleh CAHAYA ISLAM pada jasadnya orang kafir (dan terkadang jelas tanda ini tidak wujud) pada orang yang nama JER ISLAM.

Tandanya ialah...
Kulit yang "sebaris buku lali dekat kaki kiri" akan diCOP-MOHORkan dengan KULIT TEBAL, dan blueprint ini hanya dianugerahkan pada orang ISLAM sahaja. Dan kaki KANANNYA tidak ada blueprint yang sama. Inilah tandanya kawasan tu HIDUP dan bakal berkata2 kelak di akhirat...

Kalau kaki kiri aku takde TANDA ISTIMEWA ini...
Habis ler......!!!

Salah 1 ilmu paling LEGEND ulama wariskan ialah, salah 1 anggota badan yang bakal mengadu kat tuhan esok di mahsyar ialah BUKU LALI TUMIT KAKI kita nanti. Kalau engkau sengaja atau tak sengaja basahkan wudhuk kat bahagian tu, solat kau tak sah dan neraka ler jawapannya, seram betul cara dia sebut tu.

Hujahnya:

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:
Suatu hari, kami pulang bersama Rasulullah s.a.w dari Mekah menuju ke Madinah. Di pertengahan jalan, apabila kami tiba di suatu tempat yang mempunyai air kami dapati sekelompok manusia dalam keadaan tergesa-gesa mengambil wuduk kerana waktu Asar hampir luput. Apabila kami menghampiri mereka, kami dapati tumit-tumit mereka kering tidak dibasahi air. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Celakalah tumit-tumit yang tidak basah itu dengan ancaman api Neraka. Sempurnakanlah wuduk kamu dengan baik."

Tak sempurna wudhu' jika tak sela-selai jari-jari kaki dengan air.

“Apabila kamu berwudhu maka sela-selailah jari tangan dan jari kakimu.”
(riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Top