Kredit: Zakuan Faiz Tuan Guru dah meninggal? Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.... Top-top legend ulama dan wali Allah dah semakin ramai tinggalkan kita. Dalam masa beberapa tahun sahaja begitu ramai ulama hebat meninggalkan kita. Mesej dari Allah sudah semakin jelas. Tinggallah orang-orang bodoh dan lalai diangkat menjadi ketua-ketua agama yang berfatwa mengikut kehendak syaitan dan nafsu. Harapnya kali ini tidak ada golongan yang Nabi gelar sebagai "anjing-anjing neraka" iaitu Khawarij akhir zaman atau lebih terkenal sebagai golongan Wahhabi/Salafi/militant terrorist ISIS yang biadap dan bersyukur atas kematian Tuan Guru. Bukan apa, setiap kali ada berita kematian ulama haq, mesti akan ada ucapan-ucapan tahniah, syukur dan gembira daripada anak-anak Dajjal tu semua walaupun mereka ada PhD dalam bidang agama. Jelas PhD bidang agama tidak menjanjikan hakikat agama. Contohnya ketika berita kematian Tuan Guru Haji Salleh rah. Telah viral tulisan maki hamun seorang yang kaum Wahhabi gelar "Ustaz" terhadap Tuan Guru. Bahkan "Ustaz" tersebut juga merupakan penulis buku-buku di syarikat penerbitan terkenal. Dulu ketika Shaikh Ramadhan Butti rah. meninggal pun begitu ramai Wahhabi caci maki dan ucap syukur tahniah. Begitu juga ulama-ulama lainnya, seperti Tuan Guru Usman El-Muhammady rah. ramai Wahhabi maki hamun dan ucap syukur tahniah atas kematian beliau. Semuanya saya print screen dan ada dalam simpanan saya, jadi modal untuk saya ceramah dedahkan kesesatan kaum Khawarij akhir zaman ni. Alasan mereka bergembira dan bersyukur adalah kerana ulama fahaman sesat mereka berfatwa adalah disukai (mustahab) untuk meraikan kematian Ahli bidaah lalu mereka bidaahkan semua orang yang tidak sefahaman dengan mereka dan muncullah group ekstrim seperti ISIS yang menyembelih umat Islam yang tidak ikuti fahaman mereka lalu mereka bergembira atas kematian Muslim yang mereka tuduh "Ahli bidaah" tu. Tapi ada juga Wahhabi yang belum bersedia ikut join ISIS sebab masih sibuk nak carik makan atau guna taktik dakyah lain dengan cara menyusup dalam kerajaan, sekolah, university, bahkan sampai ada yang menjadi mufti dan menteri untuk menguasai sesebuah negeri/negara. Fitnah Dajjal ini semakin jelas. Media-media mainstream banyak dikuasai oleh mereka walaupun mereka hanyalah minoriti. Semoga Allah lindungi kita semua. Selama saya berguru dengan ulama haq Ahli Sunnah Wal Jamaah, belum pernah saya lihat atau baca atau dengar para guru saya dan para ulama mencaci maki ulama lain yang tidak sefahaman dengan mereka, bahkan mereka saling mendoakan. Tak pernah saya dengar para Habaib bersyukur atas kematian ulama tak sefahaman, tak pernah saya dengar guru Pondok lakukan demikian, tak pernah saya dengar maulana-maulana Manhaj Deobandi lakukan demikian. Bahkan masih segar di ingatan saya, walaupun guru saya tak setuju dengan tokoh pujaan Wahhabi iaitu Ibnu Taimiyyah, tak pernah pun beliau caci maki sebaliknya hanya terangkan di mana kesalahan-kesalahan beliau sahaja secara beradab dan bila nama Ibnu Taimiyyah dia sebut, dia akan doakan "ghafarallahu'anhu" (semoga Allah ampunkan beliau). Begitu dahsyat akhlak dan adab dalam ajaran Islam. Tapi yang lebih dahsyat ialah fahaman Wahhabi yang mendakwa merekalah paling ikut sunnah Nabi tapi perangai mengalahkan syaitan. Kita tak tahu sunnah siapa yang mereka pulun ikut sangat tu. Sunnah Nabi ka sunnah setan. Saya akui saya kurang beradab dan masih banyak sunnah nabi saya belum amal. Tapi yang lebih hina ialah mereka yang mengaku tegar dengan sunnah nabi tapi biadap dan tak ada sunnah yang mereka amal. Semoga Allah rahmati Tuan Guru Harun Din, ulama legend tanah Melayu yang sangat dihormati kawan atau lawan. Akhlaknya cantik, peribadinya mulia. Banyak ilmu kami pelajari daripada beliau. Moga Allah terima beliau sebagai waliNya. 3 hrs · Publ

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Top